BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 15 November 2010

Anda semakin matang...

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

Ahad, 14 November 2010

Kerana Engkau Insan Terpilih

Aduhai hati yang selalu gundah gulana.. Mengapa perlu difikirkan kehidupan duniawimu. Sedangkan dunia itu sering menipumu. Bukankah kehidupan ini penuh dengan majazi? Tipu daya di sana sini? Maka, hendaklah engkau susun langkahmu penuh hati-hati, Ingatlah, syaitan itu sentiasa tidak mahu mengaku kalah dan tidak pernah putus asa. Setiap saat masanya adalah berharga. Tidak dibiar kosong tanpa menyesatkan adam dan hawa. Lantas, bagaimana engkau masih lagi memikirkan hal duniamu?

Perbanyakkanlah berfikir, renung penuh bererti.. Bagaimana bakal kehidupanmu sewaktu mengadap Tuhan Rabbul ’Izzati..? Selamatkah dirimu di hari yang tiada pelindung melainkanNya? Akan beratkah amal yang akan engkau bawa?

Justeru, renungkanlah duhai diri yang lemah. Agar kehidupanmu di dunia sentiasa waspada..

Semoga, akan hadir dalam hatimu jiwa yang sensitif dengan dosa. Merasakan dosa itu besar sekalipun pada kesilapan sekecil zarah. Ketahuilah.. itulah antara ciri-ciri mereka yang aqrab dengan tuhanNya. Yang punya Ihsan dalam hatinya. Merasa kehadiran Allah dalam setiap sentuhan masa yang ada.. sekalipun mata tidak melihat, tetapi hati menyakini Allah Maha Mlihat.

Untuk apa perlu dirisaukan, aduhai hati yang rawan.. sebuah kehilangan itu hanya secebis dugaan.. dari Tuhan sekalian alam.. Hilang bukan bererti tamatnya sebuah kehidupan, tetapi dengan kehilangan itulah darjatmu ditinggikan. Hairan? Mengapa perlu dihairankan, Allah itu Maha berkuasa, zat yang sempurna penuh keagungan. Lupakah duhai hati, Allah telah berjanji dalam kalamNya Izzati..

”Adakah kamu mengaku beriman, sedangkan kamu belum diuji?”

Maka, hadapilah ujian dengan sejuta kesabaran. Percayalah, yakinlah sepenuh hatimu..


Hanyasanya Allah bersama-sama mereka yang sabar.

Aduhai hati yang penuh kesedihan.. Mengapa perlu ditangisi sebuah perpisahan? Bukankah semua kita akan pergi.. pulang kepangkuan Tuhan. Dialah yang menjadikan.. Dan padaNya jua segalanya akan dikembalikan. Lupakah engkau, hidup di dunia ini sekadar persinggahan. Yang kekal hanyalah amalan sebagai teman. Itulah teman dalam perjalanan menuju sebuah keabadian..

Maka, janganlah engkau lalaikan hatimu dengan kehidupan yang sementara ini. Janganlah engkau tangisi lagi sebuah perpisahan sementara.. akan tetapi, hadapkanlah wajahmu sentiasa kepada Allah.. Penuhkanlah jiwa dan hatimu dengan dzikrullah memuji kebesaranNya. Juga sibukkanlah hari-harimu dengan amalan makruf nahi mungkar, mengikut sunnah kekasihNya.

Yakinlah, barangsiapa yang dihatinya ada Allah, dan mengutamakan Allah atas segala apa yang dilakukannya, Allah akan seiringkan pekerjaannya dengan pertolonganNya. Bekerja keraslah engkau untuk hari esokmu yang abadi. Berbekallah dengan amalan yang menguntungkanmu di sana nanti. Ingatlah, sebaik-baik bekalan adalah taqwa.

Duhai diri yang lemah.. Kembalikanlah hatimu kepada Rab.. Kerana Dia lah pemilik segala yang engkau miliki.. Segalanya hanya pinjaman untuk menguji. Kentalkanlah semangat juangmu. Jadilah seperti syaidatina Aisyah, puterinya Syaidina Abu Bakar..

Walau fitnah mencalar maruah, Dia tetap Aisyah! Walau rumahtangganya di landa badai anggkara si munafiq durjana, tetap teguh pendiriannya, menggunung tawakalnya. Pada Allah dia berdoa, mengharap furqan agar tenggelam segala nista. Insafilah duhai diri yang lemah, Allah sengaja menguji sekeping hati yang kecil.. sebagai tukaran untuk mendapatkan habuan yang lebih besar kelak.

Maka bersyukurlah.. bersyukurlah.. bersyukurlah kerana engkau insan terpilih.

Gagak

Gagak hitam itu masih melayang di udara celahan jerebu putih yang kian menebal. Dirinya membawa diri sejauh dan setinggi sayapnya mampu melayang. Namun, tidaklah ia sendiri ketahui di mana dia sedangkan latarnya masih berkabus dan menyesakkan. Tiada lansung bunyi yang menyentuh telinganya sehinggakan bunyi terkuat sekalipun adalah dari degupan nadinya. Degupan nadi yang laju itu, beriringan dengan gerakan sayapnya.

Di tengah-tengah ruang udara berkabus itu jua, ia senyap dan mula mencari darat untuk bertapa. Kali terakhir ia menjejakkan kakinya, adalah di tanah berlumpur berbatu jauhnya dari di mana ia berada sekarang. Relalah dia mendarat di dahan pohon untuk mencari ketenangan hingga akhirnya, kukunya benar-benar menyapa dahan sebuah pohon suram.

Seraya itu jua, hujan mula menitis dimulai dengan gerimis dan diakhiri dengan lebatnya ia hingga menghalau kabus putih dengan angkuh. Keangkuhannya itu membuatkan ruang nafas di sekitar si gagak hitam mula jelas semula. Akhirnya, sedarlah jua si gagak bahawa hinggapnya ia adalah di sebatang pohon kemboja.

Saat itu jua, betapa terangnya mata si gagak melihat sebuah kubur tua di bawahnya dalam keadaan sayu dan penuh muram. Batu nisan itu sudah cukup menjelaskan kepadanya bahawa penghuni senyap di bawah sana sudah lama bersemadi. Tanah yang mengandungkan jasad memberi erti kepada gagak hitam. Dulu, semua orang menuduhnya sebagai pembawa sial - penanda kematian. Sedangkan saat ini, si gagak itu sendiri takutkan kematian. Menjeritlah ia keseorangan lalu bergemalah isi ruang seluruh kawasan yang suram itu.

Betapa kematian itu, dirasai baginya.

- Gagak, Fatahul Nizam, 20 X 2010.

________________________________________________

Moral : Tak perlulah kita berlagak sangat dengan kehidupan yang sekejap ni. Kita tak ada apa-apa pun. Hidup kita betul-betul singkat. Dan sebab ia singkatlah, kita perlu isikannya dengan apa yang kita harus isi. Gagak hitam itu sendiri mencari kebebasannya sendiri biarpun ia sejahat-jahat burung bagi manusia. Dulu dia di 'lumpur'. Dia tak tahu lansung destinasi seterusnya sampailah jumpa kuburan. Hujan yang turun tu, mujurlah menjadi petunjuk kepada dia. Kalau tak, memang dia terus leka tanpa jumpa pedoman.

Nak Jadi Batman Boleh?

1. Baru je lepas tengok cerita The Dark Knight dekat HBO. Filem terbaik dalam beberapa siri / saga Batman. Aku suka skrip terakhir Leftenan Gordon mengenai Batman.

Because he's the hero Gotham deserves, but not the one it needs right now. So we'll hunt him because he can take it. Because he's not our hero. He's a silent guardian, a watchful protector. A dark knight.


2. Semasa aku baca dan hayati skrip tu, adrenalin aku meningkat. Bukanlah aku terasa. Tapi, aku rasa macam aku nak rasa. Maknanya, perasaan aku untuk merasai menjadi Batman itu jelas terasa. Rasa-rasanya, aku boleh merasainya. Apa masalah? Tak paham?



3. Secara sastera, ayat tu bermaksud yang seseorang wira atau hero yang dahulunya diperlukan, tapi sekarang tidak diperlukan lagi. Dulu, dialah wira yang sebenar. Kini, dia bukan lagi seorang wira. Dia pembela yang setia dan pelindung yang berjaga-jaga atau seorang wira yang gelap.

4. Kadang-kadang, bila kita lakukan sesuatu kerja, kita harapkan balasan dan reputasi yang dihargai oleh orang lain. Kita tak ikhlas. Sikit pun tak. Tiada istilah ikhlas walaupun sedikit, sekali kita harapkan penghargaan. Menunjuk-nunjuk nombor satu. Macam hampeh. Tuih.

________________________________________________

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang suatu perkara yang aku takuti ke atas kamu daripada dajal? Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah! Bagindapun berkata:” Syirik khafi iaitu seorang lelaki bangun bersembahyang lalu dia memperelokkan sembahyangnya kerana ada orang yang memerhatikannya.” Riwayat Ibnu Majah

Kes Curi Enset

salam........ salam sejahtera dan salam muhibah.....
aku tengah bengang nih........
arggghhhhhhh B#$@H
aku dah mulai rase kebencian yang meruap2
kepade si makhluk tuhan nih....
jangan sampai aku benci ko....
kalu aku benci ko aku suoh fazli sembor air kat muke ko nnt.....
hahhahahahahhahahahahhahaha( ketawe jin)
huh.... b$#@h pye sedare...
dah tegang2 mencurik lagik mau dalih.....
tuhan tuh maha adil sekejap jek die nak tunjuk...
da kantoi..... ko yang curik...
penat aku kompol time keje kilang duluh...
da ler gaji tak besau,....
uko2 nak lpaskan tekak jek...
ko tanpe mintak izin sesape merembat hset tuh...

arghhhhh aku ta leh terime...
sebab aku pecaye kat ko....
b@#$h..... punye sedare....
kalu aku tau ko cengini.....
stat awal2 dulu aku da label kat hset tuh...
attention.. kepade sedare2 aku... jangan curik nset nih....
bukan ta belajau.... curik tuh dose.....
masse kecik2 pon ckgu sekolah pon da ajau jangan mencurik....
kenape ko ta aplikasikan pengajaran ckgu ko kat sekolah....
aku pon mgaku pnh gak curik...
gemat buah remutan ngan mangge makcik kantin sekolah...
aku mgaku aku slh... huahhahah tapi aku insaf da...
time tuh bdk2 lagik otak pon tader...
mase tuh main polis entry lagik
learn from mistake...

nih ko curik time otak ko secare terang2 ngan dah menunjukan kematangan ko
dalam menilai sesuatu bende yang batil.....
ta bek mengambil sesatuh bnd yang bukan hak kite.....
arggghhhhhhhhhh.................. bengang giler....
sadau ler...
sampai biler ko nak belakon... nak hipo...... aku mmg da tau dah...
aku tgl ta sound direct jek...
sebab aku respect lagik kat hubungan kekeluargaan yang sedie terbiner nih.....
ade masse tok ko pbaiki dri ko... aku pon ta kondem ko kaw2....
nape ko tibai nset tuh... tapi aku frust sket ar... biler tau ko yang tibai.....
pastuh ko g jual kat kwn aku lak....
kan ke bodoh namenye tuh..... ko g ar jual kat kdai nset.

...
aduh.... malu aku jadik sedare ko....
tp taper mgkn bkn rezki aku.... nset tuh mmg ta lame kat tangan aku...
cm ko jujur jek ar...
magaku salah ko .....
dan mtk maap....
ta salah kalu ko mgaku salah ko....
hanye orang yang berani mintak maaf dan mengaku salah
sahaja adlah orang yang jujur ngan diri sndr.....
sekian saje nota tok hari nih....
kepade sedare aku yang bodoh tuh kalu ko bace...
pasnih kalu curik nset jangan jual kat orang
tros jual kat kdai....
asalmmualaikum......
salam......


Sabtu, 13 November 2010

Profil Aku

Namaku Muhammad Fatahul Haziq Bin Mohd.Haris.Umurku 10 Tahun.Tarikh Lahir ku 02/08/2010.Tempat Lahir Ku Di Alor Star,Kedah.Aku Mempunyai Emapt Adik Beradik.Nama Ayahku Mohd Haris Bin Hj Abdulrahim.Nama Ibuku Rohayah Bt Hj Sabudin.

Aku Sekolah Di Sekolah Kebangsaan Serkam.Aku Mempunyai 3 Orang Kawan Baik Namanya Yang Pertama Muhammad Amirul Bin Muhamad Saleh.Yang Kedua Zulfadli Bin Zainal.Yang Ketiga Ahmad Muhajir Bin Amali.Aku Memang Kawan Kan Kawan ku.




Super Junior-M(슈퍼주니어-M)_Super Girl(슈퍼걸)_뮤직비디오(MusicVideo)

Pantun

anak kambing anak unta,
pergi ke sungai bersama-sama,
apa lagi yang hendak dikata,
andai jodoh telah tiada...

Sayur sawi sayur togeh,
Sedap dimasak bersama mee maggi,
Mata dan kepala dah tak nak menoleh,
Tak payahlah 'dear' nak tehegeh-hegeh lagi...
Powered By Blogger